Muzik
menurut buku Asas Pendidikan Muzik 1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah muzik ini juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu bentuk seni yang disusun dengan kemas supaya dapat menghasilkan karya muzik yang indah dan sedap didengari. Muzik juga merupakan satu cabang seni yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi atau rekaan dengan satu cara yang boleh dianggap sebagai suatu perkara yang memuaskan mengikut seni estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia.
Setiap manusia di dalam dunia ini sudah semestinya amat meminati muzik yang sedap untuk didengari iaitu yang mempunyai rentak,irama dan nada yang menarik dan unik dalam suatu komposisi yang telah dihasilkan. oleh itu, terdapat beberapa perkara asas dalam muzik yang menjadikan sesuatu muzik dapat dihasilkan
Antaranya,
- Detik
- Meter
- Bar
- corak irama
- melodi
- tekanan