Wednesday, 16 September 2015

Konsep Irama


KONSEP IRAMA


Image result for children playing music cartoon

Irama ialah kelainan penekanan yang terdapat pada bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait rapat dengan kelangsungan masa. Semua ahli muzik dan penyanyi menggunakan irama ketika melakukan sesuatu yang melibatkan muzik seperti ketika melakukan persembahan. Irama trdiri daripada beberapa aspek yang penting iaitu :
  1. Detik
  2. meter
  3. tekanan 
  4. tempo

DETIK

detik ataupun 'beat' merupakan perkara yang melibatkan suatu unit denyutan. Denyutan ini terus diulang secara berterusan kerana ia merupakan seuatu elemen yang amat penting dalam seni muzik. Jangka masa antara satu detik ke detik yang lain dapat diukur dengan nilai not-not muzik

pergerakan detik boleh kita lihat dalam kehidupan seharian adalah melalui pengamatan jam.Detik jamyang terus berjalan dengan sekata iaitu tidak semakin cepat dan semakin perlahan.

METER

Meter digunakan untuk menentukan jumlah detik dalam sesuatu bar di mana ia dikira dengan dengan detik secara satu per satu. Meter adalah detik-detik yang dapat dikumpulkan dengan bilangan tertentu. Meter juga dapat dikenali sebagai 'Time Signature'

Contoh(meterlazim)
  1. Meter duaan
Image result for 2/4 meter


   2.  Meter Tigaan
Image result for 3/4 meter

    3. Meter Empatan


Image result for 4/4 meter




untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai meter http://www.musictheory.net/lessons/15

Tekanan

Tekanan ataupun 'accent' dalam bahasa inggeris dapat kita rasakan dalam mana-mana muzik yang pernah kita dengar. Semasa kita menyanyi ataupun memainkan suatu corak irama dapat kita rasakan detik yang lebih kuat atau yang lebih diberi penegasan daripada detik-detik yang lain. Tekanan ini juga adalah bertujuan untuk memberitahu akan tahap kekuatan dan kelembutan mengenai sesuatu not dalam muzik

Contoh simbol yang digunakan dalam tekanan

  1. stacato
  2. stacatissimo
  3. marcato
  4. martelato
  5. tenuto
boleh pergi ke link ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai tekananhttp://www.treblis.com/Notation/Accent.html




Tempo

Tempo adalah yang suatu yang mengambil peranan dalam mengetahui kelajuan dalam sesuatu alunan muzik. Hal ini kerana ia amat berkait rapat dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. setiap lagu mempunyai kelajuan bunyi yang berbeza ada yang mempunyai tempo yang laju,lambat dan sederhana

Contoh

  1. Allegro 
  2. Andante
  3. Lento
  4. Presto
  5. Adagio