Wednesday, 16 September 2015

Konsep Irama


KONSEP IRAMA


Image result for children playing music cartoon

Irama ialah kelainan penekanan yang terdapat pada bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait rapat dengan kelangsungan masa. Semua ahli muzik dan penyanyi menggunakan irama ketika melakukan sesuatu yang melibatkan muzik seperti ketika melakukan persembahan. Irama trdiri daripada beberapa aspek yang penting iaitu :
  1. Detik
  2. meter
  3. tekanan 
  4. tempo

DETIK

detik ataupun 'beat' merupakan perkara yang melibatkan suatu unit denyutan. Denyutan ini terus diulang secara berterusan kerana ia merupakan seuatu elemen yang amat penting dalam seni muzik. Jangka masa antara satu detik ke detik yang lain dapat diukur dengan nilai not-not muzik

pergerakan detik boleh kita lihat dalam kehidupan seharian adalah melalui pengamatan jam.Detik jamyang terus berjalan dengan sekata iaitu tidak semakin cepat dan semakin perlahan.

METER

Meter digunakan untuk menentukan jumlah detik dalam sesuatu bar di mana ia dikira dengan dengan detik secara satu per satu. Meter adalah detik-detik yang dapat dikumpulkan dengan bilangan tertentu. Meter juga dapat dikenali sebagai 'Time Signature'

Contoh(meterlazim)
  1. Meter duaan
Image result for 2/4 meter


   2.  Meter Tigaan
Image result for 3/4 meter

    3. Meter Empatan


Image result for 4/4 meter




untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai meter http://www.musictheory.net/lessons/15

Tekanan

Tekanan ataupun 'accent' dalam bahasa inggeris dapat kita rasakan dalam mana-mana muzik yang pernah kita dengar. Semasa kita menyanyi ataupun memainkan suatu corak irama dapat kita rasakan detik yang lebih kuat atau yang lebih diberi penegasan daripada detik-detik yang lain. Tekanan ini juga adalah bertujuan untuk memberitahu akan tahap kekuatan dan kelembutan mengenai sesuatu not dalam muzik

Contoh simbol yang digunakan dalam tekanan

  1. stacato
  2. stacatissimo
  3. marcato
  4. martelato
  5. tenuto
boleh pergi ke link ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai tekananhttp://www.treblis.com/Notation/Accent.html




Tempo

Tempo adalah yang suatu yang mengambil peranan dalam mengetahui kelajuan dalam sesuatu alunan muzik. Hal ini kerana ia amat berkait rapat dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. setiap lagu mempunyai kelajuan bunyi yang berbeza ada yang mempunyai tempo yang laju,lambat dan sederhana

Contoh

  1. Allegro 
  2. Andante
  3. Lento
  4. Presto
  5. Adagio

Tuesday, 15 September 2015

Bagaimana ingin cepat membaca not dalam treble klef dan bes klef

Bagaimana nak cepat belajar????


  • Sebelum kita belajar cara-cara untuk membaca not pada sesuatu klef kita wajarlah untuk mengetahui sequence ataupun pergerakan nama not yang sebetulnya dahulu. 

 ( C,D,E,F,G,A,B,C)   Pergerakan nama not dalam nada C major

(G,A,B,C,D,E,F,G)      Pergerakan nama not dalam nada G major


  • Jika dilihat kepada contoh-contoh di atas dapat kita simpulkan bahawa pergerakan not adalah hingga ke huruf G sahaja dan akan ulang semula bermula dari huruf A

Image result for 2/4 meter

Mengenal staf


The-Staff   
Bagi mengetahui no garisan yang terdapat pada baluk perlu dikira dari bawah ke atas 


Trebel klef

Seperti yang sedia maklum antara sebab mengapa treble klef ini boleh dipanggil dengan nama lain iaitu G-klef adalah kerana klef ini dilukis dengan bermula dari garisan yang kedua sekaligus mewakili not G. Klef ini seringkali digunakan untuk bunyi yang mempunyai pitch yang tinggi.



The-Treble-Clef





Formula nak senang ingat!!!!

Melalui gambar ini boleh kita katakan bahawa not yang terdapat di atas garisan 1,2,3,4 dan 5 adalah not E,G,B,D,F korang boleh gunakan kreativiti sendiri untuk menghafal sequence not yang terpadat di atas garisan sebagai contoh('every good boy does fine)

Manakala untuk not F,A,C dan E pula terletak di ruang antara garisan 1,2,3,4. kita boleh menghafalnya dengan menggunakan  formula"FACE'


Bes Klef

Bes Klef juga boleh dikenali sebagai klef F. Bes klef yang dilukis bermula dari garisan yang keempat menunjukkan bahawa garisan itu mewakili not F. dari garisan ini bolehlah kita memahami bagaimana ingin cepat membaca not. tambahan klef ini seringkali digunakan untuk intrumen muzik yang mempunyai pitch yang rendah seperti bass guitar mahupun Tuba.

The-Bass-Clef




Formula!!!

Melalui gambar ini juga boleh kita simpulkan iaitu not yang terpadat pada garisan-garisan 1,2,3,4 dan 5 adalah G,B,D,F dan A. Gunakan kreativiti sendiri untuk mencipta formula atau gunakan formula"Good Boys Do Fine Always'

Manakala not yang terdapat di ruang antara garisan iaitu A,C,E dan G boleh gunakan formula All Cows Eat Grass

Bes Klef

Bes Klef

  • Bes klef juga boleh dikenali sebagai klef-f                                                                                                                                

                                                                         

Apabila klef ini dilukis  dengan lukisan bermula daripada garisan staf yang keempat. Lukisan yang dilukis dengan bermula daripada garisan yang keempat menunjukkan bahawa garisan  tersebut mewakili not F sekaligus dapat diklasifikasikan sebagai Klef-F


f clef on staff

Monday, 14 September 2015

Treble Klef


  • trebel klef juga boleh dikenali sebagai G-klef


Apabila klef ini ditulis pada staf yang lebih moden ia dilukis dengan bermula daripada garisan yang kedua. Lukisan yang dilukis dengan bermula daripada garisan yang kedua menunjukkan bahawa garisan  tersebut mewakili not G. lantas klef ini boleh diklasifikasikan sebagai Klef-G 


                                               ( video menulis treble klef dengan betul)
                                   http://www.essential-music-theory.com/treble-clef.html
                                  

Tuesday, 8 September 2015

Pengenalan Klef


Apakah Itu Klef?????

Klef merupakan salah satu simbol yang terdapat pada bahagian hujung sebelah kiri dalam sesuatu baluk yang bertujuan untuk menetapkan pic dalam garis-garis tertentu


Terdapat pelbagai jenis klef yang boleh digunakan namun terdapat tiga  klef yang selalu digunakan salam suatu komposisi lagu iaitu:


Treble Klef(G style flef)     


  Bes Klef (F style klef)



  C klef                      


http://www.essential-music-theory.com/music-clef.html
                                     

Muzik

menurut buku Asas Pendidikan Muzik 1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah muzik ini juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu bentuk seni yang disusun dengan kemas supaya dapat menghasilkan karya muzik yang indah dan sedap didengari. Muzik juga merupakan satu cabang seni  yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi atau rekaan dengan satu cara yang   boleh dianggap sebagai suatu perkara yang memuaskan mengikut seni estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia. 

Setiap manusia di dalam dunia ini sudah semestinya amat meminati muzik yang sedap untuk didengari iaitu yang mempunyai rentak,irama dan nada yang menarik dan unik dalam suatu komposisi yang telah dihasilkan. oleh itu, terdapat beberapa perkara asas dalam muzik yang menjadikan sesuatu muzik dapat dihasilkan

Antaranya,
  • Detik
  • Meter 
  • Bar
  • corak irama
  • melodi
  • tekanan

Saturday, 5 September 2015

Pengenalan

Selamat datang diucapkan kepada anda yang hadir ke laman blog ini, yang bertujuan untuk membantu memberikan ilmu-ilmu  berkaitan dengan ilmu dalam bidang pendidikan Muzik kepada sesiapa yang akan bergelar sebagai seorang pendidik bagi subjek muzik