- Sebelum kita belajar cara-cara untuk membaca not pada sesuatu klef kita wajarlah untuk mengetahui sequence ataupun pergerakan nama not yang sebetulnya dahulu.
( C,D,E,F,G,A,B,C) Pergerakan nama not dalam nada C major
(G,A,B,C,D,E,F,G) Pergerakan nama not dalam nada G major
- Jika dilihat kepada contoh-contoh di atas dapat kita simpulkan bahawa pergerakan not adalah hingga ke huruf G sahaja dan akan ulang semula bermula dari huruf A
Mengenal staf
Bagi mengetahui no garisan yang terdapat pada baluk perlu dikira dari bawah ke atas
Trebel klef
Seperti yang sedia maklum antara sebab mengapa treble klef ini boleh dipanggil dengan nama lain iaitu G-klef adalah kerana klef ini dilukis dengan bermula dari garisan yang kedua sekaligus mewakili not G. Klef ini seringkali digunakan untuk bunyi yang mempunyai pitch yang tinggi.
Formula nak senang ingat!!!!
Melalui gambar ini boleh kita katakan bahawa not yang terdapat di atas garisan 1,2,3,4 dan 5 adalah not E,G,B,D,F korang boleh gunakan kreativiti sendiri untuk menghafal sequence not yang terpadat di atas garisan sebagai contoh('every good boy does fine)
Manakala untuk not F,A,C dan E pula terletak di ruang antara garisan 1,2,3,4. kita boleh menghafalnya dengan menggunakan formula"FACE'
Bes Klef
Bes Klef
Bes Klef juga boleh dikenali sebagai klef F. Bes klef yang dilukis bermula dari garisan yang keempat menunjukkan bahawa garisan itu mewakili not F. dari garisan ini bolehlah kita memahami bagaimana ingin cepat membaca not. tambahan klef ini seringkali digunakan untuk intrumen muzik yang mempunyai pitch yang rendah seperti bass guitar mahupun Tuba.
Formula!!!
Melalui gambar ini juga boleh kita simpulkan iaitu not yang terpadat pada garisan-garisan 1,2,3,4 dan 5 adalah G,B,D,F dan A. Gunakan kreativiti sendiri untuk mencipta formula atau gunakan formula"Good Boys Do Fine Always'
Manakala not yang terdapat di ruang antara garisan iaitu A,C,E dan G boleh gunakan formula All Cows Eat Grass
No comments:
Post a Comment